Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kes Mahkamah: UMNO Tak...

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk...

Lelaki Hadapi Pertuduhan Miliki...

PETALING JAYA - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Pemandu Lori Maut Nahas...

BELURAN - Seorang pemandu lori maut selepas lori dua tan yang dipandunya bertembung...

Ayam Keluaran Kilang Terkenal...

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan sijil halal PCK Processing and...

Cerita Tersirat, Perebutan Kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor

Rupa-rupanya, ada cerita di sebalik pertelingkahan perebutan kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang melibatkan PAS dan DAP.

Pada asalnya, kerusi itu dikhususkan oleh PAS tetapi pada pemilihan Isnin lepas, DAP tiba-tiba meletakkan calon mereka menentang calon PAS.

Calon PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah ditentang oleh ADUN Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim.

BACA – DAP Mahu Kerusi Timbalan Speaker Untuk Halang Hudud!

Ng kalah pada pemilihan itu tetapi kesemua 14 ADUN dari DAP menyokong Ng.

Perbuatan DAP meletakkan calon dilihat mencetuskan kemarahan para penyokong PAS kerana memahami kerusi Timbalan Speaker diberikan kepada mereka sebagai balasan jumlah kerusi Exco mereka telah dikurangkan kepada tiga dari empat.

Memetik laporan di laman web Agenda Daily, semalam Ng sudah mendedahkan bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebelum ini pernah menjanjikan jawatan itu akan diberikan kepada DAP.


Ahad lepas, Pengerusi DAP negeri Selangor Tony Pua dalam Konvensyen Negeri DAP mahu satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN diwujudkan khas untuk DAP.

Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor bertegas bahaw parti itu tetap mahukan jawatan itu dan akan terus mendesak.

Beliau membuat kenyataan itu kepada wartawan di luar sidang DUN Selangor di Shah Alam semalam.

Ng turut mengungkit berkenaan betapa setianya DAP kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori