Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peminat Cuba Runtuhkan Rumah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Wawa Zainal mendedahkan rumah tangganya dengan pelakon Aeril Zafrel nyaris...

Hudud: MB Kelantan Harap...

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap Adun BN yang...

Penagihan Najis Dadah Di...

ARAU - Masalah penagihan najis dadah di kalangan rakyat Perlis tidak membimbangkan malah...

9 Nelayan Indonesia Bersama...

GEORGE TOWN - Sembilan nelayan Indonesia bersama dua bot ditahan kerana menangkap ikan...

Chong Wei Saman Razif Sidek Ekoran Fitnah Berkaitan Doping

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke atas bekas pemain beregu negara Razif Sidek ekoran kenyataan akhbar Razif yang mendakwa Chong Wei sudah pun menggunakan bahan terlarang sejak sekian lama.

Razif pada 11 November lepas membuat kenyataan kepada akhar Kosmo menyebut beberapa pegawai atasan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahu tentang perbuatan Chong Wei yang menggunakan bahan terlarang.

Beliau mendakwa para pegawai itu terpaksa mengunci mulut ekoran status Chong Wei yang merupakan seorang jaguh dunia, memetik laporan The Malay Mail hari ini.

BACA – Razif Sidek Dakwa Chong Wei Dah Lama Guna Bahan Terlarang! 

Selain itu, Razif juga mendakwa Chong Wei turut melantik seorang doktor asing untuk memberikannya kemudahan menggunakan bahan itu.

“Peguam saya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari lalu dan kes ini akan diselesaikan di mahkamah. Dia (Razif) ada menghubungi saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang berlaku sudah berlaku,” kata Chong Wei.

Menurut beliau, sejak berita itu didedahkan beliau cuba menghubungi Razif beberapa kali namun gagal.

“Saya tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini kerana ia memalukan saya.

“Sebagai seorang bekas pemain kebangsaan, saya pasti dia lebih arif berbanding membuat tuduhan palsu kepada saya, khususnya dalam saat begitu menduga ini, dia bukan sahaja mengguris hati saya tetapi hati seluruh rakyat Malaysia dengan komen itu,” katanya.


Chong Wei kemudian meminta wartawan cuba menghubungi Razif dan lihat apa pula reaksinya kali ini.

Ketika ini, pemain yang memenangi dua pingat perak Olimpik itu sedang digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping ketika menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Ujian air kencing Chong Wei mendapati positif mengandungi ‘Dexamethasone’ sejenis ubat penahan sakit yang dilarang penggunaannya dalam sukan antarabangsa.

Semalam, Mynewshub.cc menulis laporan berkaitan peguam yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memohon kepada BWF untuk menunda prosiding pendengaran kes Chong Wei yang dijadualkan pada 8 Disember depan.

Penangguhan itu bagi membolehkan peguam berkenaan membuat persediaan kes berkenaan dengan lebih terperinci.

Chong Wei berhadapan dengan hukuman digantung daripada menyertai kejohanan selama maksimum dua tahun dan mungkin menerima hukuman lebih ringan ekoran prestasi cemerlangnya melepasi 124 ujian doping dalam masa 15 tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori