Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Calon BN Ada Kes...

KUALA LUMPUR - Semua calon Barisan Nasional (BN) wajib mengisytiharkan harta masing-masing sebelum...

3 Penuntut Malaysia Cedera...

KUALA LUMPUR - Tiga penuntut Malaysia di University of Newcastle cedera dalam rompakan...

Jambatan P.Pinang: Penunggang Motosikal...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel...

Ada Masyarakat Cina Beralih...

SIBU - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata ada...

CIDB Dakwa 56 Kontraktor Sejak Januari

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mendakwa seramai 56 kontraktor di mahkamah sepanjang tahun ini kerana melakukan pelbagai kesalahan.

CIDB dalam satu kenyataan media memberitahu, seramai 32 kontraktor terbabit didakwa kerana tidak berdaftar dengna CIBD dan 14 kerana tidak membayar levi dan selebihnya melakukan lain-lain kesalahan.

“Bagi kesalahan tidak mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor CIDB, denda maksmimum RM40,000 sementara kontraktor tidak membayar RM22,000.

“Kontraktor yang engkar dan gagal membayar denda dalam tempoh liabiliti bakal berdepan dengan hukuman dua tahun penjara,” kata kenyataan itu hari ini.

CIDB turut memaklumkan seramai 151 kontraktor dihadapkan ke Prosiding Tatatertib CIDB sepanjang tahun ini berbanding cuma 74 pada tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan itu, kes itu termasuk 70 kontraktor yang gagal memastikan pekerja mereka memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau) semasa berada di tapak binaan.


Jelas kenyataan itu, secara keseluruhan seramai 560 kontraktor dibawa ke Prosiding Tatatertib dengan 380 mereka diberi amaran manakala 83 digantung perakuan pendaftaran sejak tahun 2007.

CIDB dalam pada itu mengingatkan kontraktor-kontraktor utama yang dilantik supaya melaksanakan projek kerajaan dan swasta melantik subkontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

“Kegagalan melantik subkontraktor mengikut Peraturan Pendaftaran Kontraktor 1995, CIDB tidak akan teragak-agak membatal, menggantung atau membuat penarikan balik perakuan pendaftaran mereka,” tegas kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh diperoleh melalui laman web www.cidb.gov.my atau menghubungi Hotline Sistem CIDB Online di 603 – 4047 7562 / 7563 / 7564 / 7567.

  • Lagi berita berkaitan:
  • CIDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori