WASHINGTON DC – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Cuba malam tadi mencipta sejarah apabila bersetuju menyambung semula hubungan diplomatik yang diputuskan sejak 1961 lalu sekali gus mengakhiri era Perang Dingin pasca kejatuhan Kesatuan Soviet.
Pengumuman bersejarah itu dibuat serentak Presiden AS, Barack Obama di sini dan Presiden Cuba, Raul Casto di ibu kota Havana lewat petang semalam yang juga berikar membuka semula pejabat kedutaan di ibu negara masing-masing dalam masa terdekat.
“Kami menamatkan pendekatan lapuk yang gagal lebih 50 tahun demi memulih kembali hubungan antara dua negara berjiran bagi mencipta lebih banyak peluang dan buka lembaran baru kedua-dua rakyat,†kata Obama dalam ucapan ringkas.
Menteri Luar Chile, Heraldo Munoz yang bertindak sebagai perantara blok Amerika Latin dalam reaksi susulan berkata, benua itu selama ini kecewa dengan pemisahan diplomatik AS-Cuba namun peristiwa semalam memulakan proses penamatan Perang Dingin.
Pemulihan semula diplomatik Washington DC-Havana ujarnya, turut mendapat bantuan daripada paus terbaharu Vatican City sejak 2013, Pope Francis, yang juga warga Argentina dan pemimpin Katholik pertama dari Amerika Latin bertindak sebagai orang tengah.
AS memutuskan diplomatik dengan Cuba sejak 1961 selepas setahun sekatan perdagangan terhadap negara komunis itu ekoran kemuncak Perang Dingin yang hampir menyaksikan pulau Caribbean itu nyaris melancarkan peluru berpandu nuklear Soviet ke atas AS.
Dipercayai sebelum embargo ekonomi antarabangsa dikuatkuasakan, Presiden AS pada waktu itu, John F Kennedy sempat memerintahkan Kedutaan AS di Havana membawa balik ribuan curut bermutu Cuba sebelum mengeluarkan perintah sekatan perdagangan.
Akibat tindakan itu, ekonomi Cuba terbantut dan bagi yang pernah melawat Havana, pasti terkejut melihat keadaan bandar raya itu seperti dekad 1960-an dengan kereta lama masih memenuhi jalan raya namun banyak negara kemudian mula membuka kedutaan di situ.
Malaysia turut menyertai masyarakat antarabangsa lain kecuali negara-negara komunis pro-Soviet yang memulaukan Cuba sebelum menyambung semula hubungan diplomatik dengan pulau tersebut pada 1975 dan membuka kedutaan di Havana pada 2001. – Agensi
Berikut ucapan bersejarah Presiden Obama untuk membuka semula hubungan diplomatik dengan Cuba malam tadi:ÂÂ