Masuk hari kedua misi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berkuasa Indonesia, misteri kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 masih menjadi tanda-tanya kepada semua pihak.
Pelbagai spekulasi dilontarkan pakar penerbangan yang membuat rumusan tentang kemungkinan-kemungkinan yang dihadapi pesawat malang itu sebelum gagal dikesan oleh radar kawalan trafik udara.
Bukan itu sahaja, kini timbul pula spekulasi dari individu awam yang mendakwa terlihat sebuah pesawat berlegar rendah di ruang udara di Kampung Buntal. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang pengguna di laman sosial Facebook.
Justeru, pihak polis meminta agar individu yang mempunyai maklumat tentang entri tersebut untuk tampil membuat laporan agar siasatan dapat dilakukan tentang kesahihan dakwaan itu.
Menurut Kedua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad, “Berita berkenaan terdapat sebuah kapal terbang melalui ruang udara Kuching yang terbang rendah masih samar-samar. Polis masih menunggu laporan dari saksi-saksi.”
Beliau membuat kenyataan tersebut melalui pesanan di aplikasi Whatsapp kepada media berikutan kemunculan sebuah entri Facebook pada Ahad lalu yang mendakwa ternampak sebuah pesawat. – MYNEWSHUB.CC
Visual Kehilangan Pesawat QZ8501 Dari Radar
https://www.youtube.com/watch?v=HYHY6rCBVz4
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w