Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Trend Wanita Rusia Bonceng...

SEKALI lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad...

Dua Individu Disyaki Keldai...

Balik Pulau : Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki disyaki menjadi keldai...

Pasport Singapura Diiktiraf Paling...

PASPORT Singapura buat pertama kali diiktiraf sebagai pasport paling berkuasa di dunia untuk...

Penjajahan Versi Baharu Guna...

KUALA LUMPUR - "Di zaman kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, penjajahan datang...

DAP Desak Pulangkan Buku Kristian Guna Kalimah ‘Allah’

KUALA LUMPUR – DAP menggesa polis Johor memohon maaf kepada paderi Katolik, Father Cyril Mannayagam dari gereja St. Andrew kerana merampas 31 naskhah buku agama Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” pada 5 Disember lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, rampasan itu menyalahi undang-undang yang ditetapkan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang telah pun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1988 kerana tidak mengikut perlembagaan,

“Krismas hanya seminggu lagi. Pihak polis perlu dididik tentang 10 perkara perjanjian supaya mereka dapat menjadi contoh dalam mempromosikan toleransi agama dan kaum di negara ini. Buku itu hanya untuk kegunaan Orang Asli,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini,.

Media pada 14 Disember lalu melaporkan Jabatan Peguam Negara akan memutuskan samada 31 naskhah buku agama Kristian yang menggunakan kalimah “Allah” perlu dikembalikan kepada pemiliknya atau tidak.


Timbalan Ketua CID Johor, Assistant Commissioner Dennis Lim dipetik berkata, buku itu dirampas pada 5 Disember lalu sebagai sebahagian dari penyiasatan polis.

Kes itu disiasat di bawah Sekssyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau merasa tidak senang, kebencian atau sakit hati tentang agama.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori