Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Harga Minyak Jatuh, Mokhzani...

 KEJATUHAN harga minyak di pasaran global memberi kesan besar kepada ramai jutawan di...

Jurang Digital Di Sarawak...

KUCHING - Jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini...

3 Termasuk Sarjan, Lans...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua anggota polis...

Wayne Rooney Kejutkan Manchester...

WAYNE Rooney mengejutkan pasukan lawan, Manchester City apabila meraih gol ke-200 dalam perlawanan...

DAP Mahu Kerusi Timbalan Speaker Tambahan DUN Selangor

Selepas parti DAP gagal merebut kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini, PAS tetap mahukan kerusi berkenaan melalui desakan agar diwujudkan satu lagi jawatan.

Kemahuan itu dizahirkan dalam Konvensyen DAP Selangor semalam, memetik laporan Agenda Daily.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, berkata parti itu mahukan satu jawatan lagi diwujudkan untuk Timbalan Speaker DUN Selangor dan dikhususkan untuk wakil DAP pula.

BACA – Rebut Kerusi Timbalan Speaker… DAP, PAS Makin Ganas Bercakar

Menurut beliau, bukan menjadi niat parti itu mahu menidakkan fungsi PAS menduduki jawatan itu tetapi DAP cuma mahukan jawatan tambahan.

Tony berkata, biarpun DAP terus setia dalam Pakatan Rakyat dalam konflik pelantikan Menteri Besar Selangor tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dapat lebih kerusi dalam komposisi Exco Kerajaan Negeri.

Proses pengundian jawatan Timbalan Speaker DUN berlangsung dalam sidang DUN 24 November lepas di mana DAP turut meletakkan calonnya sendiri iaitu ADUN Sekinchan Ng Suee Lim.


Pada asalnya, kerusi berkenaan sudahpun dipersetujui dikhususkan untuk wakil PAS.

Pengundian dimenangi ADUN Bangi dari PAS Dr Mohd Shafie Ngah tetapi kesemua 14 ADUN DAP mengundi calon mereka.

Difahamkan perbuatan DAP mencalonkan Ng teleh menyebabkan rasa tidak senang dalam PAS Selangor.

Bagaimanapun, PAS memilih untuk terus berdiam kerana suara politik dalam negeri Selangor parti itu kini tenggelam ekoran PKR dan DAP saling bersama-sama bekerjasama dalam isu Menteri Besar sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori