KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang jika parti tersebut benar-benar melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, DAP tidak boleh bersikap retorik dalam perkara itu memandangkan DAP pernah menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu melaksanakan hudud.
“Semalam Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan mereka tidak akan keluar pakatan. Oleh itu kenyataan pemimpin DAP meminta PAS meninggalkan pakatan jika melaksanakan udnang-undang hudud sekadar retorik
“Jika DAP dan PKR tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud, maka PKR dan DAP perlu mengambil tindakan ke atas PAS kerana melanggar prinsip pakatan termasuk menyingkirkan terus PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Keng Liang berkata, jika pakatan pembangkang enggan membuat pendirian jelas dan tidak menghalang PAS daripada membentangkan undang-undang hudud dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) maka ia menunjukkan pakatan bersetuju dengan pelaksanaan itu,
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam berkata, kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini.