Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tiada Rancangan Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan...

Mayat Ditemui Rakan Selepas...

SEREMBAN : Lelaki yang ditemui mati dipercayai sejak tiga hari lalu, dalam kereta...

Ujian Penilaian Kelas KAFA...

KUALA LUMPUR - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga...

Ibrahimovic Kembali Perkuat United

ZLATAN Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama Manchester United. Pemain berusa 35 tahun...

DAP Sedia Kerjasama Dengan BN Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – DAP bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri terutama di pantai timur.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP sanggup mengenepikan perbezaan dengan BN dan bekerjasama dalam usaha bantuan banjir sebagai satu pasukan.

“Kami bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan dalam bencana banjir terburuk negara dan kami berharap kesediaan kami itu akan dibalas sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang berkata, bencana banjir tahun inin adalah bencana alam yang bertambah parah akibat daripada kegagalan yang disebabkan manusia dan ketamakannya.


Dakwanya, bencana itu itu juga petanda rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, daerah mahupun garis politik demi membant mereka yang memerlukan.

“Terdapat juga usaha-usaha tersusun untuk membanjiri laman twitter saya dalam masa dua hari lalu dengan lebih 50 tweet dengan mesej yang tidak masuk akal.

“Semua ini adalah usaha mengalih perhatian yang kebudak-budakan di saat negara sedang berhadapan malatapetaka yang begitu dahsyat,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori