Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Serah RoS Putuskan...

BAGAN DATUK: UMNO bersikap terbuka kepada pihak yang mempunyai pandangan berbeza terhadap ketetapan...

Pendakwaan Mohon Lelaki Bocor...

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan membangkitkan aduan berhubung tindakan seorang lelaki membocorkan transkrip...

Bekas Menteri Terselamat Nahas...

SEREMBAN - Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor terselamat meskipun kenderaan...

Bomba Tambah 42 Anggota...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan hari ini memperhebat...

Ketua Penerangan Ulama PAS Dangkal, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali membuat kenyataan dangkal apabila menuduh teguran DAP kepada PAS tentang isu hudud menghalang hak demokrasi PAS dan punca hubungan pakatan pembangkang.

Naib Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal berkata, DAP sejak awal menerima terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan parti komponen pakatan pembangkang tetapi ia dapat disatukan dengan dasar bersama pakatan pembangkang.

“Dasar itu satu titik temu nilai-nilai yang dikongsi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS bagi menjamin perpaduan. Sebuah dokumen pemuafakatan yang meletakkan matlamat yang disepakati kesemua parti dalam pakatan.

“Setiap parti berhak mengembangkan wacana ideologi masing-masing. DAP tidak pernah mencampuri urusan itu. Tetapi apabila kepentingan persendirian PAS sudah mula memasuki urusan dasar, sedangkan kepentingan itu tiada di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, sudah tentu DAP perlu memberikan teguran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Edry mempersoalkan bagaimana teguran DAP ke atas PAS itu boleh meretakkan hubungan pakatan pembangkang berbanding PAS yang mengenepikan dasar yang disepakati bersama pakatan pembangkang.


Tegasnya, Mohd. Khairuddin tidak sepatutnya menyalahkan DAP jika beliau faham demokrasi kerana demokrasi bukan bermakna selepas rakyat memilih parti untuk menjadi kerajaan maka parti itu boleh berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan suara rakyat termasuk golongan minoriti.

“Mohd. Khairuddin sendiri mengakui bahawa manifesto ketika pilihan raya umum lepas berasaskan dasar bersama pakatan pembangkang yang didalamnya tidak ada menyebut tentang hudud. Jadi jika sudah mengakui, mengapa perlu menembak kaki sendiri,” soal beliau.

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori