Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pegawai Polis Ditahan Miliki...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana memiliki sebuah kenderaan disyaki...

PAS Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Banjir besar di Pulau Pinang membuktikan bencana kemanusiaan merupakan suatu...

Safiey Illias Kini Kembali...

MASIH ingat lagi berita penghijrahan pengasas kosmetik, Safiey Illias yang sebelum ini merupakan...

Guna Media Luar Burukkan...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tun M dikatakan...

Datuk Bandar London Pekena Nasi Lemak Di Bandar KL

Dalam kesibukan pagi warga kota di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Masjid Jamek, mereka tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Ditemani oleh rakan sejawatannya dari Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, beliau sempat meluangkan masa di kawasan-kawasan tersebut, malah menyertai aktiviti rutin yang dilakukan masyarakat Malaysia!

Johnson yang sedang dalam rangka lawatannya di sini selama tiga hari, memulakan tinjauan mesra di Dataran Merdeka sebelum menikmati sarapan pagi Kafe Old Market Square.

71417409783_freesize

Sebagai apresiasi terhadap tradisi masyarakat Malaysia yang majmuk, hidangan seperti nasi lemak, yong tau foo dan kopi ais menjadi santapan beliau bersama delegasinya yang lain.

Bukan itu sahaja, beliau juga sudi meluangkan masa bersama para pekerja bagi mendengar sendiri penjelasan lebih terperinci tentang makanan popular Malaysia yang dihidangkan kepadanya.

71417409700_freesize 61417409526_freesize

Ujarnya kepada pemberita, “Saya kagum dengan Kuala Lumpur, Ia cantik dan sebuah bandar hijau. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Phesal membawa saya melawat sekitar Kuala Lumpur dan visi beliau begitu menarik.

 Saya suka perancangan untuk mewujudkan sebuah taman di tepi sungai. Ia satu idea yang hebat dan saya yakin ia akan menjadi popular.”


Selesai melakukan tinjauan sekitar jam 10.45 pagi, beliau kemudiannya menaiki LRT dari Stesen Masjid Jamek menuju Stesen Abdullah Hukum bagi menghadiri sesi dialog di Setia International Centre, Bangsar.

51417409820_freesize

Beliau yang tiba di stesen berkenaan disambut meriah bunyi kompang dan orang ramai yang teruja dengan kehadiran figura tersebut.

Lagi mengejutkan, Johnson bersama-sama Phesal kemudiannya mengayuh basikal untuk ke Setia International Centre yang terletak tidak jauh dari situ.

81417410688_freesize

Johnson tiba di Malaysia Ahad lalu dan dijadualkan bakal menghadiri beberapa majlis yang dirancang, seperti ke Institusi Pendidikan British dan pertemuan dengan syarikat-syarikat besar Malaysia.

Lawatan di sini merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara, termasuk ke negara Singapura dan Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori