Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kematian Menurun, Nahas Meningkat...

BENTONG - Sebanyak 15,524 kes kemalangan jalan raya direkodkan berlaku di seluruh negara...

NGO Serah Memorandum Bantah...

JOHOR BAHRU - Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini...

“Lari Ikut Kekasih Antara...

KUALA LUMPUR - Lari mengikut kekasih antara lima punca utama kes kanak-kanak dan...

Prasarana Mula Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mula mengambil alih operasi...

Datuk ‘Terlajak Laris’ Bengang Tak Dilayan Di Butik Mewah

Yelah, siapa yang tak panas kalau diri dilayan macam nak tak nak oleh pekerja butik yang melihat kita sebagai rakyat marhaen yang hanya masuk ke butik mewah untuk melihat item ribuan ringgit yang tak mampu dimiliki.

Itulah yang terjadi kepada usahawan terkenal dengan ‘trademark’ Terlajak Laris, iaitu Datuk Aliff Syukri. Melalui satu muat naik di Facebook, beliau meluahkan ketidakpuasan hatinya ketika situasi tersebut berlaku.

10540552_676640035786676_1050978678091348865_n

Tulisnya, “Luahan perasaan… Jangan pandang orang pada gaya luaran apa berbase english ya… don’t judge the book by its cover okay… Paling Abang menyampah kalau pergi butik branded ni kalau tengok kita orang Asia pulak tu Abang ni macam budak hingusan mereka endah tak endah sahaja nak serve Abang konon-konon kita ni tak boleh nak beli…

Cakap omputeh pun berterabur… Lepas tu siap buat muka masam bila kita nak membelek-belek… Sekali Abang order terus Abang jumpa manager dia Abang complain… Baru ko ghase balasannya… #hatipanas.”

Untitled


Menerusi ruangan komen, ramai pengikut pemilik jenama produk D’Hherbs menyokong tindakan diambil beliau yang berani menyuarakan ketidakpuasan hati atas layanan ‘double standard’ yang diterima.

Untitled

Nah, rasanya mungkin situasi tersebut boleh disamakan dengan perumpamaan ‘seperti buku bertemu ruas’. Tindakan yang diambil Datuk Aliff Syukri patut dipuji kerana beliau berjaya menegakkan haknya sebagai seorang pelanggan.

Fikir-fikirkan balik, tak perlu rasanya nak ada perbezaan layanan antara golongan atasan dan pertengahan mahupun bawahan. Tak luak apa-apapun kalau kita berbuat baik sesama insan, kan? – MYNEWSHUB.CC

Iklan Televisyen Produk D’Herbs ‘Terlajak Laris’ Yang Dilakonkan Sendiri Oleh Datuk Aliff Syukri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori