Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gara Gara Kawan ‘Tak...

RUSIA - Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila dia bergelumang dalam najisnya sendiri...

Sembunyi Mayat Kekasih Dalam...

OHIO - Seorang lelaki menyembunyikan mayat kekasihnya di dalam ruang beku dengan bantuan...

Irsyad Manji Pejuang LGBT...

Oleh: Ustaz Fathul Bari SUBHANALLAH. Irsyad Manji pejuang LGBT berideologi Liberal berkahwin hari ini...

Ribut Tropika Michael Badai...

MIAMI - Ribut tropika Michael yang membadai pada Ahad, berpotensi menjadi taufan dengan...

Datuk Zulkefli Pengurus Besar Baharu Bernama

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dilantik sebagai Pengurus Besar baharu pertubuhan itu dan timbalannya, Datuk Zakaria Abdul Wahab menggantikan beliau sebagai Ketua Pengarang berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman selepas mesyuarat Lembaga Pengelola Bernama di sini bersetuju atas pelantikan itu.

Abdul Rahman berkata pelantikan Zulkefli, 57, adalah bagi menggantikan Datuk Yong Soo Heong yang bersara wajib pada Oktober lepas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Audio Visual Mokhtar Hussain dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri menggantikan Zakaria.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Mikhail Raj Abdullah disahkan menyandang jawatan itu.


Menyentuh pelantikan tersebut, Abdul Rahman memberitahu pemberita bahawa beliau meletakkan harapan barisan baharu pengurusan Bernama itu akan menyuntik semangat lebih tinggi kepada agensi berita berkenaan untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan.

“Saya berharap mereka mampu membawa Bernama dalam era transformasi media kini dan menjadi agensi berita yang unggul.

“Selain itu kita juga berharap Bernama dapat memainkan peranan lebih penting dalam memberi penjelasan dan maklumat kepada umum terutama dengan kedudukan Malaysia kini sebagai pengerusi Asean dan bersempena pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) April tahun depan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori