Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Akta LLM Akan Dipinda...

BAGAN SERAI - Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 akan dipinda sebagai usaha...

Senegal Cipta Sejarah Negara...

MOSCOW - Senegal menjadi pasukan Afrika pertama merekodkan kemenangan pada Piala Dunia 2018...

Putera Mahkota Naruhito Lawat...

KUALA LUMPUR - Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito hari ini melawat Muzium Negara...

Kes Denggi Di Kelantan...

KOTA BHARU - Kes denggi di Kelantan mencatat penurunan 57 peratus kepada 2,455...

Demi Anak Sakit Leukemia, Ayah Sanggup Jadi ‘Punching Bag’

Semata-mata untuk mencari dana merawat penyakit anaknya yang menghidap Leukemia, seorang lelaki di China sanggup menjadikan dirinya “beg tinju manusia”, menawarkan kepada orang ramai untuk memukulnya pada harga 10 Yuan (RM5.62).

Lelaki itu, Xia Jun pertama kali dilihat di laluan pejalan kaki di Beijing, China pada 27 November lepas memakai baju T yang tertulis “Beg Tinju Manusia, 10 Yuan Satu Tumbukan”.

Di depannya, diletakkan sijil diagnosis yang membuktikan anaknya sedang menderita penyakit leukemia supaya orang ramai yang lalu lalang tahu niat sebenarnya adalah mengumpul wang dan bukannya satu gurauan.

MENARIK – Pekerja Kilang Ke-6 Maut Akibat Leukemia, Cetus Perdebatan

Cara Xia mencari dana untuk rawatan anaknya ini, dengan pantas mendapat perhatian media di China.

Anaknya yang berusia dua tahun bernama Guo Guo, didapati menghidap Myeloid Leukemia Julai lepas.

Selepas tiga kali kunjungan ke hospital, Guo Guo dijadualkan menjalani pembedahan pemindahan sum sum tulang sekaligus menuntut wang sebanyak 700,000 Yuan untuk melakukannya, jumlah yang tak mampu dibayar oleh Xia.

Xia Jun melihat anaknya Guo Guo yang mendapatkan rawatan di hospital kerana penyakit Leukemia.
Xia Jun melihat anaknya Guo Guo yang mendapatkan rawatan di hospital kerana penyakit Leukemia.

Pada mulanya, Xia ingin meminta sedekah tetapi takut orang ramai akan bertanggapan dia cuma mengambil kesempatan mencari duit.

Lantas dia pun membuat keputusan drastik, untuk membuatkan orang ramai faham betapa terdesak dirinya untuk menyelamatkan nyawa anaknya itu hingga sanggup menjadi “Beg Tinju Manusia”.

Sebelum ini pihak yang menderma kepada Xia, mungkin ada yang betul-betul menumbuk atau memukulnya tetapi selepas kisahnya tersebar,  Xia dihujani sumbangan orang ramai yang tersentuh dengan pengorbanannya.


“Ramai orang yang berhati mula datang ke hospital untuk melawat anak saya setiap hari.

“Ada kalanya lebih daripada 20 orang akan datang melawat dalam satu hari, telefon saya selalu kehabisan bateri kerana banyak orang berhati mulia menelefon saya.

“Saya juga banyak terlepas menjawab panggilan,” katanya kepada media China.

Sehingga kini, Xia sudah berjaya mengutip kira-kira 800,000 Yuan (RM449,978.18) dan dia merancang untuk mencari pekerjaan bagi membayar bil hospital yang akan datang selepas keadaan anaknya kembali pulih.

Biarpun para doktor yang merawat Guo Guo mengatakan keadaannya stabil, kanak-kanak itu masih memerlukan banyak rawatan lanjut untuk pulih sepenuhnya.

Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun setengah untuk dia melalui keseluruhan proses yang amat kritikal termasuk kemungkinan menerima jangkitan.
MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Apa Itu Leukemia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori