Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Ramli, Alice Dipilih Timbalan...

Ramli Md Nor (BN-Cameron Highlands) dan Alice Lau (PH-Lanang) hari ini dipilih sebagai...

Lelaki Maut Disedut Mesin...

NEW DELHI - Seorang lelaki yang menemani pesakit di sebuah hospital di India,...

Budak 8 Tahun Rentung...

GEORGE TOWN - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut selepas terperangkap dalam...

Parlimen Bagan Datuk Lokasi...

BAGAN DATUK — Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JPB 2018), yang bertujuan meningkatkan tahap...

Dendam Kesumat Dorong Lelaki Bunuh Budak Perempuan

China – Akibat dendam kesumat terhadap seorang lelaki susulan satu pertengkaran yang berlaku 20 tahun lalu, seorang lelaki sanggup membunuh anak perempuan lelaki tersebut yang berusia sembilan tahun dengan penukul.

Yi Hsia, 40, tidak dapat melupakan penghinaan yang dialaminya itu lalu ketika budak perempuan berkenaan, Xiao sedang berjalan bersama rakan-rakannya, Yi telah memukul kepalanya berulang kali hingga Xiao meninggal dunia.

Menurut seorang saksi, ia merupakan sesuatu yang mengejutkan dan mereka cuba menyelamatkan budak perempuan berkenaan namun ia sudah terlambat.

Sementara ibu budak berkenaan berlari ke tempat kejadian sebaik mendengar kejadian itu namun hanya sempat melihat mayat anaknya terbaring di atas jalan

Dalam pada itu, bapa Xiao, Yul berkata, dia tidak menyangka kejadian yang berlaku 20 tahun itu masih bermain di fikiran lelaki yersebut.

“Saya terkejut kerana dia menyimpan dendam selama 20 tahun disebabkan oleh satu pertengkaran bodoh,’’ katanya yang turut menambah bahawa dia melihat kelibat lelaki berjalan di rumahnya baru-baru.


Namun Yul tidak menyangka insiden tersebut membawa kepada kematian anaknya.

Sementara Yi pula ditangkap ketika sedang bersembunyi di rumah ibu bapanya.

Keluarganya mendakwa Yi mengalami masalah mental namun rakan-rakannya memberitahu dia tidak menunjukkan tanda masalah jiwa.

Malah 30 minit sebelum kejadian, dia sempat minum dan bermain kad bersama mereka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori