Apakah perasaan anda jika diberi peluang untuk tidur seketika sewaktu bekerja, pastinya ini berita yang sangat memgembirakan bukan?
Sebuah kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.
Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan yang dilaksanakan pihak kilang berkenaan sejak beberapa tahun lalu, supaya pekerja lebih produktif.
Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.
Menurut laporan, sejak 2005, terdapat penambahbaikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai jadi gelanggang pingpong serta tenis untuk pekerja bersantai.
Sebenarnya, tidur sebentar di pertengahan hari adalah perkara yang sangat dianjurkan Islam, asalkan tidak dilakukan berlebihan.
Tidur sebentar pada waktu siang bukanlah tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap, tujuannya untuk kesegaran tubuh badan seterusnya mampu membuat produktiviti bertambah dan meningkatkan kecerdasan minda.
Apa-apa pun, buat anda yang sedang mengantuk di pejabat, kami selitkan video ‘skill’ hebat di bawah ini.
Sumber: DailyMail
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC