BENCANA banjir yang menimpa negara terutama di Pantai Timur, membuatkan ramai pengguna ingin mengetahui maklumat semasa yang terkini, dan pada masa sama mendapatkan kebenaran tentang info yang sahih.
Susulan itu, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa saluran khusus untuk tujuan ini seperti di bawah:
Public InfoBanjir
Dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, ia menawarkan kemaskini melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook berkenaan keadaan semasa sungai dan sistem saliran.
Portal rasmi dilihat menghadapi masalah teknikal untuk diakses buat masa ini, tetapi mereka masih aktif mengemaskini Twitter di @PublicIB, selain halaman Facebook.
Layari : Portal InfoBanjir atau Ikuti di Twitter dan Facebook
Informasi Bencana
Laman ini dibangunkan dengan usahasama pihak MaGIC, ia memaparkan berita-berita semasa berkaitan banjir. Pembangunnya memberi pesanan, mereka akan mengintegrasikan data semasa dan peta pada kemaskini akan datang.
Layari: Informasi Bencana dan Facebook Informasi Bencana
MyBanjir
Terdapat beberapa perkhidmatan lain yang anda boleh gunakan untuk mengetahui info berkaitan dengan banjir, termasuk melihat data taburan hujan semasa oleh MOSTI.
Layari : MyBanjir
Selain itu, kami di Mynewshub juga berusaha memberikan maklumat terkini untuk anda.
Sama-samalah kita bersatu hati menghadapi dugaan yang sedang dihadapi beberapa kawasan yang dilanda banjir sekarang. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd