Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

SOP Baharu Tangani Masalah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu...

Komunikasi Radio Bantu Semasa...

KUCHING - Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Sarawak (Sares) akan turut menyertai Jawatankusa Bantuan...

Peletakan Jawatan 4 Pemimpin...

GEORGE TOWN - "Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama."Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kota Melaka...

Mayat Reput Ditemukan Terapung

Sarikei : Sekumpulan pekerja feri terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan tidak sempurna...

Dua Jet Tentera Udara Mesir, UAE Bertembung, 4 Juruterbang Maut

Contoh model pesawat tentera udara Mesir yang pernah digunakan pasukan pertahanan negara itu kelihatan terbang melintasi beberapa piramid di kawasan padang pasir. – Gambar hiasan

KAHERAH – Empat juruterbang, masing-masing dua dari pasukan tentera udara Mesir dan dua lagi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) terkorban setelah pesawat mereka bertembung sesama sendiri dalam satu latihan bersama kedua-dua negara semalam.

Akhbar-akhbar tempatan memetik sumber WAM, agensi berita rasmi UAE sebagai melaporkan, nahas udara itu berlaku di suatu lokasi yang dirahsiakan di Mesir dan punca kemalangan tersebut dipercayai akibat masalah teknikal daripada pesawat terbabit.

Pihak tentera Mesir dalam satu kenyataan rasmi di sini hari ini mengesahkan laporan kejadian berkenaan namun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai jenis kapal terbang yang terlibat dan nama-nama mangsa yang terkorban sebagai maklumat sulit.

Mesir dianggap antara pasukan tentera udara paling kuat di dunia ditubuhkan sejak 1930 dengan kekuatan terkini 1,100 buah pesawat pelbagai jenis dan 30,000 anggota manakala tentera udara UAE  yang baharu diasaskan pada 1968 cuma ada 400 pesawat.

Pasukan tentera Mesir dan UAE menjalin hubungan erat dalam pelbagai bidang kerjasama ketenteraan malah pada Ogos lalu, pesawat-pesawat UAE melancarkan serangan udara dari Mesir bagi menentang militan yang menawan ibu kota Libya, Tripoli. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori