Dua mayat daripada tujuh mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui setakat ini selamat tiba dengan pesawat Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) di Pangkalan TNI-AU Lanudal di Surabaya sebentar tadi.
Mayat dibawa dengan dua buah keranda diusung oleh anggota tentera meninggalkan pesawat yang membawanya selepas terdahulunya di bawa ke Pangkalan Bun untuk dibersihkan.
Sementara itu, iada seorang pun mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui setakat ini memakai jaket keselamatan, lapor straitstimes.com.
Laporan Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) sebelum ini ada mengatakan bahawa ada satu mayat lelaki ditemui memakai jaket keselamatan.
“Satu mayat, seorang lelaki dan jaket keselamatan, mereka ditemui jauh, dia tidak memakai jaket keselamatan,” kata Timbalan Ketua Operasi BASARNAS Mejar Jeneral Tatang Zaenuddin. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w