KUALA LUMPUR – Kamu hisap apa KJ?.
Itu sindiran Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud ke atas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau membuat sindiran itu kerana kenyataan Khairy Jamaluddin yang membayangkan parti DAP dikuasai oleh Kit Siang sejak tahun 1969.
“Err.. Saudara Lim Kit Siang hanya menjadi Pengerusi DAP dari tahun 1999 hingga 2004. KJ apa yang awat hisap?,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Perbalahan kedua-dua mereka bermula apabila Khairy Jamaluddin dalam ucapan beliau menjelaskan Dyana Sofya diangkat oleh DAP menjadi calon Teluk Intan sebelum ini untuk memberi harapan palsu kepada golongan muda.
Khairy Jamaluddin membuat pendedahan itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Dyana Sofya mengkritik ucapan itu dengan mendakwa UMNO yang tidak pernah memberi laluan lebih tinggi kepada ahli Puteri UMNO.
Khairy Jamaluddin menjawab hanya Kit Siang menguasai DAP sejak penubuhan parti itu. – MYNEWSHUB.CC