Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sultan Pahang Sebak, Mohon...

SULTAN Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan hari ini sebagai Sultan Pahang keenam,...

Berikan Dokumen Sebenar Bukan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta pihak pendakwa raya mengemukakan...

Jom Bercuti Ke Tempat...

MUSIM awal tahun ini pasti ramai yang sedang 'gatal' kaki nak melancong ke...

Jalan Utama Ke Mersing...

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif...

Eksport Strawberi India Ke Malaysia Meningkat

NEW DELHI – Penanam strawberi India di kawasan Mahabaleshwar-Panchgani di negeri Maharashtra, akan meningkatkan eksport produk masing-masing ke Malaysia musim ini berikutan permintaan yang tinggi, lapor The Financial Express.

Tahun lepas, empat penghantaran dibuat untuk Malaysia secara percubaan.

Musim ini, Persatuan Penanam Strawberi merancang menghantar 25 tan strawberi ke Malaysia, kata Pengerusinya Balasabe Bhilare yang dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu.

Kawasan Panchgani-Mahabaleshwar menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jumlah pengeluaran di India. Selebihnya dihasilkan di kawasan Himachal Pradesh dan Jammu serta Kashmir.


Musim strawberi bermula pada November dan berakhir pada Mac setiap tahun.

Menurut laporan itu, pengeluaran dijangkakan susut 25 hingga 30 peratus kepada 22,000 ton berbanding tahun lepas disebabkan perubahan cuaca.

Lebih 85 peratus daripada jumlah pengeluaran dipasarkan dalam negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori