Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Kelantan Rampas Dadah...

PASIR MAS - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.6 juta di...

Harga RON97 Naik Lagi...

HARGA runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter bagi tempoh bermula tengah...

Malaysia Sokong Resolusi PBB...

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menyokong draf resolusi mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada...

Kini Berhijab, Liyana Jasmay...

ALHAMDULILLAH! Aktres popular Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah meninggalkan imej dahulu dengan...

ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501 – Pakar

KUALA LUMPUR — Emergency Locator Transmitter (ELT) dalam pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 boleh memberi petunjuk lokasi dan keadaan pesawat yang hilang, kata seorang pakar penerbangan.

Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata ELT boleh memberi petunjuk lokasi pesawat walaupun ia mengalami kemalangan.

nik huzlan

“ELT akan mengeluarkan isyarat jika berlakunya hentakan atau impak kemalangan terhadap pesawat, tetapi jika pesawat tersebut meletup dan berkecai, isyarat mungkin tidak akan berfungsi,” katanya kepada Bernama.

Nik Ahmad Huzlan berkata mengikut kondisi bateri, ELT mampu bertahan sehingga 48 jam dan selama tempoh itu pesawat yang hilang sepatutnya masih boleh dikesan melalui isyarat yang diberi oleh ELT.

“Sekiranya pesawat terhempas, ELT masih boleh berfungsi, namun bergantung kepada cara ia terhempas, memandangkan ELT selalunya diletakkan di bahagian kokpit, pintu dan ekor pesawat,” katanya.


Nik Ahmad Huzlan berkata pesawat itu berkemungkinan mengalami kerosakan transponder, iaitu radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di pusat kawalan trafik udara.

“Sekarang ini, pesawat itu hilang tanpa memberi sebarang isyarat sama ada daripada transponder mahupun ELT, jadi kita tidak pasti ia terhempas atau sebaliknya,” katanya.

Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501, dari Surabaya ke Singapura, hilang hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi (waktu Surabaya) dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 penumpang dan anak kapal.– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori