Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Selamat Pendaki Singapura, ‘Jutaan...

SINGAPURA – Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!, kata Perdana...

Manifesto Pakatan Harapan Lebih...

TUMPAT - Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan...

Peluang Pekerjaan Baharu Melalui...

KUALA LUMPUR - Program MyApprenticeship akan menyediakan satu juta peluang pekerjaan tambahan kepada...

Sekarang Baru Hendak Cakap...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming sambil mengingatkan...

Empat Polis Dituduh Bunuh Tahanan Lokap Dibebaskan

Negara tahun lalu dikejutkan dengan berita kematian seorang tahanan lokap, N Dharmenderan yang didakwa terbunuh ketika dalam tahanan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Susulan kes tersebut, empat anggota polis telah didakwa atas tuduhan membunuh tahanan lokap tersebut.

Bagaimanapun, hari ini Mahkamah Tinggi membuat keputusan membebaskan keempat-empat anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie kes terhadap keempat-empat yang tertuduh.

Tertuduh adalah, Inspektor Hare Krishnan, 41, Sarjan Jaffri Jaafar, 45, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 46, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 33.

Keputusan kes pendakwaan ini diputuskan oleh Hakim Kamardin Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan, mereka bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Dharmenderan, di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, IPKKL, Jalan Hang Tuah di sini.


Mereka didakwa melakukan kes tersebut antara jam 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, pada 21 Mei 2013.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO KENYATAAN KELUARGA N DHARMENDERAN 

Oleh: FARAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori