Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sarawak Lulus FDI RM46.3...

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM46.3 bilion sepanjang...

Oksana Fail Petisyen Tentukan...

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan...

MBK Sedia 30 Lokasi...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan sebanyak 30 lokasi pasar Ramadan dan...

Tidak Matang Bekas Pemimpin...

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju...

“Facing Up To Fazura” Tonjol Realiti Kehidupan Fazura

BUAT peminat setia Nur Fazura, pastinya anda dah tak sabar nak menantikan tayangan perdana rancangan realiti terbitan produksi luar negara yang memaparkan perjalanan kehidupan seharian pelakon cantik itu dalam program yang berjudul Facing Up To Fazura.

Semalam, telah berlangsung majlis sidang media pelancaran program tersebut yang berlangsung di The Gardens, Kuala Lumpur dan seperti biasa aktres yang digelar sebagai ikon fesyen ini tampil menawan dengan gaun singkat berwarna hitam.

Fazura ketika diminta mengulas mengenai program itu berkata, “saya tidak pernah membayangkan sesiapa berminat untuk mempamerkan hidup saya, apatah lagi mempunyai siri yang dirancang disekeliling saya untuk E!. Saya amat bersyukur dan berasa rendah diri pada masa yang sama”.

Menurut Fazura lagi, dia merupakan seorang yang sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya, jadi perasaan gementar sedikit sebanyak timbul dalam dirinya sepanjang penggambaran program itu berlangsung.

“Saya menunjukkan kepada semua orang mengenai dunia saya dan saya benar-benar berharap mereka enjoy dengan apa yang mereka lihat,” katanya.

Facing Up To Fazura akan bersiaran selama lima episod dan akan mula ditayangkan bermula 14 Disember ini di saluran 712.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program pertama yang memaparkan kemunculan artis Malaysia dalam rancangan realiti terbitan E! ini ya! – MYNEWSHUB.CC


FAZURA

FAZURA1

FAZURA2

FAZURA3

FAZURA4

Sumber:  Wanista

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori