Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang penuh kontroversi, Fahmi Zainol diumumkan digantung pengajian oleh pihak Universiti Malaya (UM) selama dua semester dan denda RM600, semalam.
Keputusan diambil selepas pengurusan UM mendapati dia bersalah menganjurkan ceramah melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kampus tanpa kebenaran.
Fahmi bagaimana pun menyalahkan pula pengurusan UM dan menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak mempunyai belas kasihan dan simpati kerana dia digantung kira-kira tiga minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
MENARIK – Mahasiswa Jangan Lupa Diri Macam Fahmi ZainolÂÂ
“Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati?†soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Seorang lagi pelajar, Safwan Shamsudin turut digantung pengajian tetapi hanya untuk satu semester berkuatkuasa serta-merta, didenda dan diberi amaran.
Empat lagi pelajar diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang, manakala seorang pelajar dilepaskan dengan amaran.
Fahmi menuduh pihak universiti sudah pun membuat keputusan lebih awal tetapi sengaja melewatkan pengumumannya melalui arahan dari pihak lain.
Dia turut mendakwa pihak universiti tak bertanggungjawab kerana tidak mengendahkan perasaan ibu dan bapa yang sentiasa menanti anak mereka menamatkan pengajian.
“Pernahkah mereka terfikir, atau pun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing?” soalnya.
Nampaknya Fahmi berasakan dirinya tidak bersalah apabila meneruskan penganjuran ceramah dan merempuh pagar UM tempoh hari walaupun sudah tahu keputusan itu dibantah universiti.
Fahmi yang menyebut prestasinya dalam pembelajaran bukan di tempat yang corot menambah:
“Adakah saya bersalah jika inginkan universiti berjalan dengan sepatutnya? Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul.â€ÂÂÂ
Pelajar jurusan pentadbiran itu bertegas, tetap akan bergiat dalam aktiviti mahasiswa di seluruh negara biar pun telah dijatuhi hukuman sebagi mana diumumkan.
“Malah terima kasih kepada pihak yang menghukum kami kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berpencak lebih lama lagi dalam dunia mahasiswa,” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ