Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MB Perak Mahu Permantuan...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu pihak...

GAMBAR : Likas Banjir...

Dikhabarkan hari ini, di kawasan sekitar Likas, Sabah telah berlaku banjir kilat berkemungkinan...

Mpox Merebak Melalui Kontak...

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat...

Salahuddin Pertahan Kerusi Simpang...

MUAR : Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub berdepan...

Fazura Tak Niat Dedah Masalah Dengan Sara Ali

Sebelum ini, timbul cakap-cakap belakang bahawa hubungan baik antara aktres cantik, Fazura dengan rakan baiknya yang juga pelakon, Sara Ali tak lagi baik.

Gosip tersebut kemudiannya dinafikan Sara Ali dengan menggunakan alasan sibuk di lokasi penggambaran hingga tak punya banyak masa untuk bersama rakan-rakan termasuk Fazura.

2znUI-Sq

Namun, kesahihan berita ini akhirnya didedahkan sendiri Fazura dalam episod terbaharu program realitinya, Facing Up To Fazura yang diterbitkan saluran E! Asia.

Melalui program tersebut, Fazura menceritakan tentang hubungannya dengan Sara yang semakin renggang akhir-akhir ini.

Lantas, tindakan Fazura tidak dipersetujui sesetengah pihak yang beranggapan aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu tidak sepatutnya mendedahkan isu tersebut yang selama ini tidak diketahui umum.

Bagaimanapun Fazura yang dihubungi akhbar Harian Metro berkata, dia perlu jujur menjawab setiap topik dikemukakan dalam program itu.

1418103449Fazura-E

Tambahnya, dia cuma mengakui hubungannya dengan Sara telah renggang.


Fazura berkata dia pernah berhubung dengan bekas teman baiknya itu sekitar November lalu, malahan mereka berjanji untuk bertemu selepas Sara pulang dari menjalani penggambaran di Bosnia Herzegovena.

Dalam perbualan itu, kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain.

“Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang. Bahkan terdengar pula cerita baru kononnya saya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia mengaku buat salah dengan saya,” katanya.

Harap-harap, tak ada lah ‘drama’ sensasi dan kontroversi seperti yang selalu dilihat dalam Keeping Up With The Kardashians, ya!

Biasalah, nama saja program realiti, namun realiti sesetengahnya, sudah tertulis dalam skrip. – MYNEWSHUB.CC

Rakaman Fazura Mendendangkan Lagu Pertamanya, ‘Sayangi Dirimu’ Di Konsert EH 15

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori