Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelan Wilayah Kuala Lumpur...

KUALA LUMPUR – Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020-2040 akan diwartakan pada akhir tahun...

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Harimau ‘Rare’ Di Zoo...

SEEKOR harimau Benggala putih yang jarang ditemui dirakam menjilat dan makan tanah di...

Skuad Olahraga Para ASEAN...

KUALA LUMPUR - Skuad olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara...

Filem Arahan Angelina Jolie Bakal Diharamkan Di Jepun?

FILEM terbaharu arahan pelakon terkenal Angelina Jolie, Unbroken berkemungkinan besar tidak akan dapat ditayangkan di Jepun kerana terdapat beberapa babak dalam filem terbabit didakwa menyentuh sensitiviti rakyat negara matahari terbit itu.

jolie1

Rakyat Jepun menganggap filem bergenre peperangan itu tidak bersandarkan kepada fakta sebaliknya Unbroken digarap dengan hasil penceritaan yang ditokok tambah oleh pengarah dan krew produksinya.

Unbroken merupakan filem kisah sebenar yang diadaptasi daripada novel tulisan Laura Hillenbrand yang berjudul Unbroken:  A World War II Story of Survival, Resilience and Redemption. 

Filem ini mengisahkan kehidupan atlet Olimpik Louis ‘Louie’ Zamperini yang dilakonkan aktor Jack O’Connell.  Louie telah terselamat dalam nahas kapal terbang di Lautan Pasifik dan menghabiskan masa 47 hari hanyut di atas rakit dan kemudiannya meneruskan kehidupannya dengan tinggal dalam sebuah kem tahanan perang selama dua tahun.

jolie2


Angelia Jolie

“Rangkaian adegan penderaan yang dialami oleh Zamperini di dalam filem ini menerusi perbuatan Laura Hillenbrand dan diceritakan oleh Zamperini sendiri,” begitu kenyataan yang dikeluarkan rakyat Jepun sebaik menonton filem tersebut yang sudah pun membuat tayangan perdanannya di Sydney, Australia pada 17 November lalu.

Jolie, sebelum ini pernah mengarahkan filem bergenre sama, iaitu In The Land of Blood and Honey pada 2011 dan tahun hadapan dia bakal kembali menduduki kerusi pengarah dengan pembikinan filem By The Sea yang turut dilakonkannya serta beraksi sebagai penulis skrip bagi nashkah terbaharunya itu. – MYNEWSHUB.CC

jolie5

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori