Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Azmin Respons Hantaran ‘Tutup...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Jom Sertai Pertandingan Tidur...

TAHUKAH anda, ada pertandingan tidur kebangsaan? Ia pertama kali dianjurkan di Sepanyol pada...

Polis Tumpas Sindiket Judi...

MUAR - Polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian bola sepak Piala Eropah 2016 dengan...

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai...

BAITULMAQDIS - Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar...

Final Kedua Piala AFF Suzuki Sah Di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih venue perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Thailand, Sabtu depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, petang ini.

Pagi tadi, Hamidin bersama pengurusan FAM serta Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad mengadakan tinjauan akhir sebelum sebarang keputusan berkenaan penggunaannya dimuktamadkan.

Kali terakhir padang Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak adalah ketika final Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) bertemu Pahang, 1 November lalu.

Pada perlawanan pertama Khamis ini, kedua-dua pasukan akan beraksi di Stadium Stadium Rajamangala di Bangkok.


Malaysia mengesahkan tiket ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengejutkan Vietnam di gelanggang lawan, 4-2 dan menang agregat 5-4.

Dalam pada itu, bagi penjualan tiket pula, bagi tiket atas talian akan mula dijual esok hingga Rabu, sementara tiket biasa, mula dijual pada Khamis dengan harga RM50 dan RM10. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori