Foto ini adalah antara yang mula viral khususnya di kalangan netizen di Indonesia.
Ia memaparkan seorang juruterbang yang memegang pesawatnya sambil berdoa sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, semalam.
(BACA: Fokus Utama Keluarkan Mayat Penumpang Dan Kru – Jokowi)
Menurut laporan Detiknews.com, foto itu dirakamkan oleh seorang jurufoto agensi Reuters di pangkalan udara Pangkal Pinang di Bangka Belitung dan perlakuannya itu ternyata menyentuh hati ramai pihak.
“Terharu,” komen salah seorang pengguna Twitter.
Kebanyakan mereka memujinya kerana ia simbolik kepada usaha bersungguh-sungguh Indonesia dalam mencari mangsa dan juga serpihan pesawat malang itu.
Menerusi media tempatan, setakat ini enam mayat sudah berjaya dikesan di sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, semalam.
Sekurang-kurangnya 10 objek serpihan termasuklah pintu kecemasan dan jaket keselamatan ditemui di lokasi tersebut. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w
Oleh: ELZA