Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

200 Burung Di Sepanyol...

MADRID: Sebanyak 200 ekor burung dilaporkan ‘terjatuh’ dari langit di Ferrol, barat laut...

Tun M Diminta Tidak...

BUKIT GANTANG - Naib Presiden PAS Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu...

Pakatan Harapan Pertahan Ramasamy...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan mempertahankan reputasi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,...

Suami Pukul Isteri Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di kawasan Plaza...

FOTO: Pasangan Suami Isteri Hilang Dihanyut Arus Banjir

Masih tiada khabar. Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, Terengganu pada Rabu lalu.

Mangsa, Norhayati Sulong, 35, merupakan seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga manakala suaminya, Suhaimi Awang yang berusia lingkungan 40-an, merupakan pekerja swasta.

[BACA INI: Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas]

Memetik kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md Salleh Sarbini, sehingga kini, pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang.

Operasi tersebut yang disertai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kemaman bersama beberapa agensi lain kini diperluaskan sehingga ke kawasan Kuala Kemaman kerana bimbang mereka dibawa arus deras.

1-20

Memetik pula laporan dari portal Teganu Kita, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusuf berkata, penggunaan helikopter akan dipertimbangkan kerana kemungkinan mangsa dihanyutkan sehingga ke perairan laut.

Dalam pada itu, Pehimi juga menafikan khabar angin yang tersebar di aplikasi Whatsapp bahawa kedua-dua mangsa telahpun ditemui.


Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu, pasangan berkenaan bersama tiga anggota bomba dan tiga mangsa banjir lain sedang berada dalam proses pemindahan kerana kediaman mereka ditenggelami air.

Namun demikian, bot mereka kemudiannya terperangkap dalam pusaran air, lantas mengakibatkan ia terbalik. Pasangan tersebut terus dihanyutkan arus manakala keenam-enam individu lain sempat berpaut pada pokok berhampiran. – MYNEWSHUB.CC

 

Tinjauan Banjir Pada Rabu (24 Disember 2014) Di Kawasan Kuala Terengganu – Berita Awani 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori