IBARAT syurga dunia, itu luahan para pelancong yang pernah ke pulau impian, Maldives yang dikhabarkan mempunyai pemandangan yang cukup memukau dan  mempersonakan.
Tidak hairanlah kan mengapa diva paling popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Jiwa memilih pulau antara tercantik di dunia ini sebagai destinasi pelancongan mereka.
Iyelah..sudah berpenat-penat kerja, apa salahnya meluangkan masa dan berehat-rehat bersama suami tercinta.
Masa sebeginilah yang digunakan untuk menambah keintiman cinta suami isteri. Tak gitew?
Ini kami kongsikan gambar-gambar penyanyi kesayangan kita ke pulau Maldives yang super cun dan cantik itu!
Wah, beruntungnya badan! Baguslah, bak kata pepatah “Jauh perjalanan, luas pemandanganâ€Â.
Siti Nurhaliza dan suami pun nampak seronok berlibur bersama-sama di Maldives.
Menerusi foto yang dikongsi penyanyi cantik ini nampaknya hotel mereka bukan calang-calang hotel. Seolah-olah bilik hotel mereka berada di atas lautan uols.
Wah, syok betul! agak-agaknya pagi-pagi bangun tidur terbentang keindahan Maldives yang memukau itu.
Penyanyi No. 1 Malaysia ini turut meluahkan rasa kesyukuran dapat melihat keindahan ciptaan tuhan ini di laman sosial, Instagramnya.
Apapun, semoga Siti Nurhaliza dan Datuk K bergembira dan berseronok di sana sepuas-puasnya. – MYNEWSHUB.CC
SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM CTDK
VIDEO KEINDAHAN MALDIVES
https://www.youtube.com/watch?v=ed3Zbh60h8s