Akhirnya, impian pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yunalis Zarai atau Yuna untuk menunaikan ibadah Umrah telah terlaksana apabila dia telah terbang bersama ahli keluarganya ke tanah suci pada November lalu.
Difahamkan, ia merupakan Umrah pertama Yuna yang telah menyimpan hajat untuk ke sana sejak 2012, namun terpaksa menyimpan hasrat tersebut kerana jadual kerja yang padat di Amerika Syarikat.
Melalui ruangan Instagramnya, Yuna berkongsi pelbagai detik indahnya ketika mengerjakan Umrah, antaranya di Masjid Al-Rahma yang terletak di Laut Merah, Jabal Uhud dan Masjid Nabawi.
Malah ketika berada di sana, dia juga sempat bertemu dengan rakan seperjuangannya, Mizz Nina.
Yuna dilaporkan bakal kembali sibuk dengan kerjayanya yang sedang berkembang di negara Uncle Sam pada awal Januari depan dan terpaksa melepaskan peluang untuk menyampaikan sendiri lagunya ‘Lelaki’ yang layak menyertai Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) dan bakal digantikan dengan Najwa Mahiaddin. – MYNEWSHUB.CC
Video Muzik Yuna Bertajuk ‘Come Back’