Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Istiadat Pertabalan Agong Lambang...

KUALA LUMPUR - Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Penganggur Dituduh Bunuh, Liwat...

PETALING JAYA - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan...

Warga Emas Jual Tanah...

SULAWESI SELATAN - Ibarat lagu dalam salah sebuah filem lakonanan Allahyarham Tan Sri...

Lebih 100: 12 Kawasan...

KUALA LUMPUR - Dua belas kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan...

Krisis MIC: G.Palanivel Dicabar Adakan EGM

PETALING JAYA – Seorang pemimpin tertinggi MIC mencabar Presiden Datuk Seri G.Palanivel supaya memanggil mesyuarat agung tergempar (EGM) bagi menyelesaikan isu yang menyelubungi pemilihan parti itu.

Pengarah Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari berkata Palanivel perlu memanggil EGM untuk membolehkan kedua-dua pihak membentangkan hujah-hujah masing-masing berhubung dakwaan penyelewengan semasa pemilihan parti itu di Melaka pada tahun lalu.

“Saya bersedia untuk mengetengahkan alasan mengapa pemilihan baharu harus diadakan, jadi marilah kita adakan EGM.

“Saya akan menunjukkan bukti mengapa pemilihan itu tidak adil. Dia (Palanivel) juga boleh menjelaskan mengapa beliau rasa tidak berlaku penyelewengan dalam pemilihan tersebut.

“Jika ahli bersetuju dengannya (Palanivel), jadi saya akan letak jawatan daripada parti,” kata Vell Paari pada Ahad.

Beliau mendakwa terdapat beberapa penyelewengan seperti undi diusik, membenarkan bukan perwakilan mengundi, cawangan tidak sah dan kes yuran keahlian dibayar oleh Ibu Pejabat.

Vell Paari mendakwa Palanivel perlu bertanggungjawab dan melakukan perkara yang betul demi masa depan parti yang berusia 68 tahun itu.

Beliau berkata adalah tidak tepat untuk Palanivel melabelkan penunjuk perasaan yang menuntutnya supaya meletak jawatan sebagai mereka yang sengaja mencetuskan huru-hara.

“Sekiranya ahli MIC yang hadir untuk menyelamatkan parti dan melindungi demokrasi dilabelkan sebagai samseng, jadi seseorang yang melindungi penjenayah dilabelkan sebagai apa?


“Mereka yang berhimpun pada Khamis lalu bukan berada di sana untuk merosakkan parti tetapi menyelamatkan ia daripada dibatalkan pendaftarannya, mereka datang untuk melindungi demokrasi dan menuntut pemilihan yang bebas dan adil,” kata Vell Paari.

Dalam temu bual bersama The Star baru-baru ini, Palanivel berkata, beliau mendapat sokongan majoriti pemimpin di peringkat negeri dan bahagian.

Katanya, kebanyakan ahli yang hadir pada Khamis lalu berada di sana untuk memberikan sokongan terhadap beliau.

Palanivel berkata, hanya sekumpulan kecil individu yang mencetuskan kekacauan.

Vell Paari dan bekas Ketua Pemuda Datuk T.Mohan mengetuai tunjuk perasaan terhadap Palanivel.

Vell Paari berkata mereka yang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berada tertipu dengan keputusan pemilihan pada 2013.

“Mereka meminta untuk bertemu Palanivel bagi mendapatkan resolusi mengenai bagaimana untuk bergerak ke hadapan tetapi beliau enggan bertemu dengan kumpulan tersebut,” katanya. – The Star

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori