Nampaknya cerita mengenai pemain bola sepak kebangsaan Thailand, Charyl Chappuis masih hangat diperkatakan terutama di kalangan gadis-gadis Malaysia.
Rata-rata melahirkan rasa kagum mereka terhadap kekacakan pemain berjersi nombor tujuh itu.
Tetapi, apa yang kurang enaknya, ramai juga yang ambil kesempatan mengutuk kekasih Charyl, Melanie Manuel!
Menurut para gadis ini, Melanie tidak layak menjadi kekasih pemain itu kerana tidak cantik.
 *Kredit: Facebook Sukan Star TV*
Amboi, seronok betul menghina rupa paras orang lain ya…
Bagi kami tak ada yang kurang pun pada Melanie dan yang mengutuk pun bukannya lawa sangat… opps!
Lagipun, tak semestinya orang yang kacak akan berminat dengan perempuan yang cantik sahaja, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA