Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bidas Pihak Dakwa Beliau...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini membidas tindakan...

TPPA: MITI Dedah Manfaat...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah soalan lazim berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang...

4 Kawasan Catat Bacaan...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di empat kawasan di sekitar Selangor dan Negeri...

Kisah Hantu Naik Uber...

SEORANG pemandu Uber terpaksa berhadapan dengan situasi menyeramkan apabila menerima panggilan daripada pelanggan...

Gadis Gelandangan Diselamatkan Di Kelantan

TANAH MERAH – Seorang gadis berusia awal 20-an diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah, Khamis lalu, kerana hidup bergelandangan di sekitar bandar ini dipercayai sejak beberapa bulan lalu.

Tindakan itu sekali gus menamatkan usaha JKM jajahan ini mengesan gadis terbabit selepas gambarnya disiarkan akhbar ini, 11 November lalu dan beberapa cubaan mencarinya selepas itu gagal.

Pegawai Kebajikan Masyarakat jajahan ini, Wan Azahari Wan Muhammad berkata, gadis gelandangan terbabit diselamatkan dengan kerjasama polis di belakang sebuah bangunan di Jalan Pechong, dekat sini.

Menurutnya, gadis itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan psikiatrik.

“Gadis ini mendakwa dia berasal dari Jerantut, Pahang dan datang ke bandar ini untuk mencari kerja tetapi dia nampak seolah-olah ada masalah kesihatan mental,” katanya.

Akhbar ini sebelum ini menyiarkan laporan mengenai seorang gadis yang dikatakan hidup sebagai gelandangan di bandar ini selepas ibu angkatnya didakwa jatuh sakit.

Namun, siasatan JKM kemudian mendapati gadis gelandangan terbabit tidak ada kaitan dengan seorang lagi gadis yang menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga di Kampung Padang Siam seperti dilaporkan.


Laporan akhbar tersebut bagaimana pun menjadi pencetus kepada usaha JKM mengesan gadis gelandangan itu termasuk pada awal minggu lalu yang berakhir dengan kakitangan agensi terbabit dibaling batu oleh gadis terbabit.

Menurut Wan Azahari, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai gadis terbabit daripada hospital terutama dari segi kesihatan untuk tindakan susulan.

“Kemungkinan selepas ini, JKM akan uruskan proses menghantar gadis ini balik ke kampungnya jika semua maklumat yang diberikan mengenai diri dia benar,” katanya. – Sinar Harian Online

————————————————————————————————————-

VIDEO: Kisah sedih anak gelandangan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori