Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Angola, Venezuela Cipta...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah tersendiri apabila tiga negara...

Ammar Diturunkan Pangkat Kerana...

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menafikan...

Veteren UMNO Tan Sri...

MELAKA - Veteran Umno Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin meninggal dunia akibat...

RM18 Bilion Dimasuk Dalam...

KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Gagal Dikesan 5 Negara, Basarnas Syak ELT QZ8501 Ada Masalah

JAKARTA – Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) yang mengurus segala operasi mencari dan menyelamat di seluruh Indonesia mendedahkan, pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 mengalami masalah pada alat Emergency Locator Transmitter (ELT).

Perkara memeranjatkan itu diumumkan Timbalan Bidang Operasi Basarnas, Tatang Zaenudindi pada sidang media di ibu pejabat agensi kecemasan republik tersebut di Jalan Angkasa, Kemayoran, Jakarta Pusat di sini semalam, lapor akhbar tempatan hari ini.

“Saya sendiri sudah memeriksa isyarat kecemasan di pejabat saya di tingkat 14 sama ada ELT menyala atau tidak, ternyata langsung tak menyala, kemudian saya memeriksa dengan pihak radar di Australia, Singapura, Vietnam dan China pun masih sama,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian awal Basarnas ujar Tatang, ELT pada pesawat itu kemungkinan besar ada masalah serius kerana lima negara boleh gagal mengesan isyarat kecemasan yang lazim dipancarkan kapal terbang apabila terhempas sama ada di darat atau di laut.

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (kemeja putih) dan Ketua Basarnas, Marsekal Madya TNI FHB Soelistyo pada sidang media di ibu pejabat Basarnas, di Jalan Angkasa, Kemayoran, Jakarta Pusat semalam. – Gambar Kompas

Beliau menambah, pihak Basarnas berharap dapat menjumpai semula pesawat tersebut dalam masa tujuh hari apabila kawasan pencarian diperluaskan sehingga meliputi Belitung di wilayah timur Sumatera sehingga ke Sampit di Kalimantan iaitu barat pulau Borneo.


“Esok (Isnin) kami kepung kawasan lokasi isyarat terakhir kapal terbang itu dengan guna segala aset milik TNI AU dan AL (Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut dan Angkatan Udara) selain bantuan Malaysia, Singapura dan Australia,” kata Tatang.

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang dan 5 anak kapal dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum didapati hilang pada pukul 7.55 pagi (8.55 pagi waktu Malaysia) semalam. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori