Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Terengganu Buka Permohonan 5,900...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan mengiklankan 5,900 tanah lot kosong di seluruh...

Bantah Mansuh Elaun BIPK,...

PETALING JAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disaran...

Dakwaan Pemandu LRT Tidur...

KUALA LUMPUR - Rapid KL, hari ini menafikan dakwaan bahawa konon kapten tren...

Palestin Sambut Bantahan Dunia...

RAMALLAH : Palestin mengalu-alukan pendirian komuniti antarabangsa yang menentang pembinaan semula 9,000 penempatan...

Gambar: Ahli Keluarga Mangsa Pesawat AirAsia QZ8501

Keluarga penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi ini mula berkumpul di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya.

Biarpun status pesawat yang dilaporkan terputus hubungan antara Belitung Timur dan Pulau Kalimantan masih belum dapat dipastikan, namun ahli keluarga yang terkejut dan bersedih sudah mula memenuhi lapangan terbang di Surabaya.

Menurut laporan Kompas.com sehingga 11.30 pagi waktu Indonesia barat, sejumlah keluarga penumpang mulai mengunjungi pusat kawalan krisis di Terminal 2 lapangan terbang Juanda, Surabaya.

Sekitar lima orang anggota keluarga kelihatan sesenggukan dan sebahagian daripada mereka tidak dapat ditemu bual kerana masih bersedih.

sad

Seorang daripada ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan di Lapangan Terbang Juanda
Seorang daripada ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan di Lapangan Terbang Juanda

sad2


sad4
Ahli keluarga dan rakan-rakan menunggu dengan cemas semasa berkumpul di Lapangan Terbang Surabaya, Indonesia.

Mereka sehingga kini masih menunggu bagi mendapatkan maklumat mengenai nasib menimpa orang kesayangan mereka selepas menaiki pesawat tersebut.-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori