Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bicara 1MDB Tangguh, Shafee...

KUALA LUMPUR - Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang...

Najib, PM Thailand Bincang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan...

Puad Jawab Alasan TPM...

TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai...

LGE Tak Bersalah Sebab...

BONGKAR... Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada...

Lelaki Diserang 13 Samseng Jalanraya Di Puncak Perdana

Nampaknya kes membabitkan samseng jalanraya semakin melampau dewasa ini.

(BACA: Teknik Samun Mat Rempit Yang Semakin Melampau!)

Terbaharu, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibantu apabila diserang sekumpulan 13 lelaki, pada malam Jumaat.

Perkara ini dikongsikan sendiri mangsa menerusi akaun Facebooknya, Najib Baterin.

parang

Menurut mangsa kejadian berlaku di Sunway Kayangan, jalan menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana selepas keretanya terlanggar sebuah Proton Waja yang memasuki laluannya.

Selepas kereta diberhentikan, pemandu Waja terbabit dikatakan menghubungi rakan-rakannya yang tiba tak lama kemudian lalu menyerang mangsa.

Walaupun parah, mangsa bersyukur kerana masih mampu melawan dan tidak tumbang ketika diserang kerana jika itu berlaku, keadaannya pasti lebih parah lagi.

Lihat sajalah gambar kecederaan dialami mangsa yang dikongsikannya, memang ngeri..

parang1

parang2

parang3

parang4


parang5

parang7

parang6

Selepas dibawa ke hospital, luka dialami mangsa hanya selesai dirawat dan dijahit sekitar jam 5 pagi, selepas berada selama 8 jam dalam bilik kecemasan.

Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat pada hari ini.

Aduh, mujurlah yang kena ni boleh kira ‘brader kental’, bayangkan kalau perempuan diserang lelaki seramai itu?

Saran kami, kalau dah terlibat dengan kemalangan dan nampak macam pihak lagi satu mencurigakan untuk dibawa berbincang, tak perlulah turun kereta untuk buat penyelesaian tepi jalan.. pecut saja ke balai polis berhampiran untuk buat laporan! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

https://www.youtube.com/watch?v=_YdnxrrAViw

DISYORKAN BACA

Teknik Samun Mat Rempit Yang Semakin Melampau!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori