KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air yang dilaksanakan di kawasan terbabit.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air di Gombak dijangka berlaku pada 17 Disember ini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.
“Gangguan bekalan air di Petaling pula dijangka berlaku pada 23 Disember 2014 dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Kawasan terlibat adalah Tasik Prima 1 hingga 4; Puchong Utama 7; Prima Biz Hub Lake Belva dan Pangsapuri Seri Pelangi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, gngguan bekalan air di Kuala Lumpur dijangka berlaku pada 23 Disember ini dari pukul 8 malam hingga 6 pagi keesokannya dan kawasan terlibat adalah Hospital Pantai, Cheras; Masjid Pandan Indah; seluruh kawasan Taman Cheras Utama, seluruh kawasan Pandan Perdana; seluruh kawasan Pandan Komersial; seluruh kawasan Pandan Indah; seluruh kawasan Cheras Indah; seluruh Jalan Pandan Utama; seluruh kawasan Taman Maju Jaya dan seluruh kawasan Pandan Mewah.
Jelasnya kawasan Gombak yang dijangka terjejas adalah seperti berikut:
Taman Melati Setapak; Taman Bunga Raya; Kolej TAR; Plaza Idaman; Gombak Setia; Jalan Madrasah; Flat Langkawi; Flat Tioman; Flat DBKL Taman Melati; Taman Cemerlang; Taman Desa Melawati; Taman Setapak Indah; Jalan Tumbuhan; Platinum Victrory Taman Melati; Taman Melati Utama; Kampung Setia Jaya, Kampung Wira Jaya Setapak, Hospital Columbia; Batu 1 hingga 5 Gombak;
Kampung Puah Hilir; Kampung Puah Seberang; Kampung Puah; Kampung Sungai mulia; Kampung Bandar Dalam; Kampung Sungai Merali; Kampung Lee Kong Chian; Taman Desa Gombak; Kampung Padang Balang; Kampung Changkat; Air Panas Baru; Langgak Bukit; Prima Setapak; Kampung Semarak; Kawasan Perindustrian Ringan Setapak; PPRT Air Panas; PPRT Sungai Bonus; Jalan Pahang;
Taman Danau Kota; Platinum Victory (PV20); Taman Melawati; Zoo Negara; Prima Melawati; Prima Court; Tiara Kemensah; Bukit Melawati; Twin Palm Kemensah; Kampung Klang Gates Baru; Jalan Air Madu; Residen Kemensah; Taman Melati Indah;
Kemensah Heights; Kem Wardiburn; Saujana Melawati; Tropika Kemensah; Ukay Prima; Amber Hill; Nadayu Melawati, Sunway Melawati, Bukit mas Melawati; Desa Setapak; Setapak Jaya; Taman Sri Rampai; Kampung Kemensah; Jalan Usahawan; Jalan Wangsa Perkasa dan Taman Permata. – MYNEWSHUB.CC