Seperti ‘musim’, lepas dari satu kes, muncul pula satu kes berkaitan pesawat penerbangan yang menghadapi masalah.
Terbaru, sebuah pesawat Virgin Atlantic yang sedang melakukan penerbangan dari London ke Las Vegas terpaksa melakukan ‘U-Turn’ dan mengelilingi ruang udara selatan England selama empat jam akibat kegagalan fungi gear pendaratan.
Namun akhirnya, pesawat terbabit berjaya melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Gatwick, London.
Dari laporan yang disiarkan telegrapgh.co.uk, penerbangan VS43 itu dirakamkan menerusi radar, membuat pusingan mengelilingi kawasan ruang udara di situ selepas membuat penerbangan di Gatwick.
Ia kemudiannya mengesahkan bahawa terdapat masalah di salah satu bahagian gear pendaratannya dan bersedia membuat pendaratan cemas.
Menurut maklumat, juruterbang mengambil keputusan untuk terus terbang di ruang udara sehingga bahan api cukup dibakar sebelum membuat percubaan menurunkan pesawat jenis Boeing 747.
Menurut laporan dari portal BBC News, syarikat penerbangan tambang murah Easyjet terpaksa menukarkan lapangan untuk 12 pesawatnya mendarat manakala 32 penerbangan terpaksa dibatalkan bagi mengosongkan lapangan terbang untuk pesawat malang itu mendarat.
Memetik kenyataan dari Lapangan Terbang Gatwick, “Lapangan tersebut kini sedang sedaya upaya untuk menerima penerbangan keluar dan masuk dan terpaksa mengambil masa untuk beroperasi seperti sediakala.
Kami menasihatkan penumpang agar melakukan pemeriksaan dengan syarikat penerbangan masing-masing mengenai status penerbangan mereka. Maklumat juga akan dipaparkan melalui laman web Gatwick dan di Twitter.” – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
Laporan dari Associated Press Tentang Pendaratan Cemas Pesawat VS43 Virgin Atlantic Di Lapangan Terbang Gatwick, London
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w