Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Bakal Mula...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan Malindo Air akan memulakan penerbangan lima kali seminggu...

Real Madrid Pertimbang Jual...

REAL Madrid dilaporkan semakin bosan dengan masalah kecederaan Gareth Bale, dan sedang mempertimbangkan...

Mahadzir Lokman Kritikal Di...

PENGACARA yang popular pada tahun 90-an, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan berada dalam keadaan...

Ujian Besar UMNO, PAS...

PONTIAN - Mempertaruhkan calon MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng mewakili Barisan...

Filem Pemerintah Junta Thailand Disyaki Semai Fahaman Nazi

Salah satu babak daripada filem pendek propaganda keluaran junta Thailand yang memaparkan lambang kontroversi Swastika Nazi dan pemimpin Adolf Hitler. – Gambar hiasan

BANGKOK – Selepas bertindak tegas menahan ramai aktivis prodemokrasi yang menayang simbol salam tiga jari berbaur antitentera, pemerintah junta Thailand semalam dikritik keras apabila salah sebuah filem pendek terbitan mereka memaparkan visual simbol Nazi.

Ia mencetuskan protes pelbagai pihak termasuk bantahan daripada beberapa badan hak asasi antarabangsa yang menyifatkan filem propaganda 10 minit tersebut sebagai usaha Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chan-ocha cuba menerapkan fahaman Nazi ke atas rakyat.

Filem bertajuk ‘30’ arahan sutradara ternama, Kulp Kaljaruek adalah sebahagian daripada siri filem ‘Thai Niyom’ atau Kebanggaan Thai bagi mempromosi 12 nilai teras rakyat hasil cetusan Prayuth selepas merampas kuasa daripada pemerintahan awam pada 22 Mei lalu.

Kulp; yang bapanya ialah ketua Kantana Group, salah sebuah studio filem terbesar di Thailand; bagaimanapun menafikan filem itu cuba menghasut rakyat mengagungkan ideologi fahaman pelampau Nazi oleh bekas pemimpin terkenal Jerman, Adolf Hitler.

“Ia adalah simbolik tetapi saya tidak bermaksud menunjukkan Hitler dengan cara salah. Anda tahu Hitler ada kuasa agak kuat pada masa lalu namun tidak dengan cara yang baik. Jadi ia seperti anak itu belajar nilai hingga jadi seorang yang baik,” tegas Kulp.


Beliau mengesahkan junta meluluskan filem ‘30’ dan berkata ‘tiada siapa bertanya’ paparan lukisan Swastika Nazi itu manakala beberapa kumpulan pelajar universiti tempatan mengkritik filem tersebut sebagai cara indoktrinasi halus pihak tentera Thai.

Setiap murid berusia lapan hingga 18 tahun di seluruh Thailand wajib mempelajari ‘Nilai 12’ yang direka junta sebagai usaha memupuk ketaatan terhadap institusi raja dan ia diterima baik banyak pihak sehinggalah muncul filem pendek propaganda itu. – Agensi

Ikuti filem itu di sini:

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori