Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Harta Karun Bernilai RM8.4...

CARTAGENA: Pihak berkuasa Colombia mengumumkan penemuan sejumlah harta karun dianggarkan bernilai sekitar AS$2...

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

Bakal Umum Butiran Pas...

KUALA LUMPUR – Segala persiapan teknikal berkaitan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan...

Kerajaan Terus Komited Pulihkan...

GEORGE TOWN – Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan Malaysia kembali menjadi bersih dan...

Guna Telefon Pintar Untuk Maklumat Terkini Banjir

KEMAMAN – Aplikasi telefon pintar bukan sahaja dapat memaklumkan perkembangan terkini tentang isu banjir namun pada masa yang sama dapat menangkis khabar angin yang disebarkan secara meluas oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menyatakan demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementeriannya mempunyai kumpulan aplikasi termasuk daripada Whatsapp yang dapat menyemak sesuatu maklumat yang disebarkan.

“Misalnya sebentar tadi, saya menerima maklumat (disebarkan melalui Whatsapp) kononnya ada satu tempat yang terbiar akibat banjir.

“Apabila disemak rupa-rupanya ia adalah dakyah yang cuba memberikan gambaran yang salah dari segi persiapan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di pusat perpindahan banjir di Sekolah Rendah Teluk Kalong Kijal di sini malam tadi.


Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman menasihati orang ramai agar bijak menilai dan mengurus maklumat yang disebarkan melalui aplikasi telefon pintar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori