Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

KJ Ambil Kira Saranan...

GOMBAK - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sedia mengambil kira saranan Timbalan...

“Anda Seorang Menteri, Bukannya...

MASIH belum berpenghujung pertelingkahan antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan...

Bujang Taha Masuk Hospital...

KUCHING - Bekas jaguh bina badan negara, Bujang Taha kini dirawat di Hospital...

Liwat II: Mahkamah Sedang...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR...

Hackers Vietnam Balas Dendam, Godam Laman Web FAM?

Nampaknya, banyak ‘drama’ berlaku sejak berakhirnya perlawanan Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam.

BACA: Insiden Berdarah Cemar Piala AFF Suzuki

Daripada insiden pergaduhan membawa kepada pengharaman dan pembubaran Inter Johor Firms (IJF) yang dikaitkan dengan keganasan, terbaharu laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula digodam.

BACA: PBNJ Haramkan IJF Masuk Stadium!

Penggodam telah menukar muka depan laman web tersebut dengan ayat bahasa Vietnam yang antaranya bermaksud ‘mereka bermain dengan sangat teruk’ selain ayat bahasa Inggeris berbunyi ‘bad play fans Malaysia’.

Susulan itu, laman web FAM terpaksa ditutup untuk penyelenggaraan dan hanya mesej “Laman ini ditutup untuk penyelenggaraan. Sila semak kembali tidak lama lagi” terpapar apabila ia dibuka.

Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini.


fb fam

Dalam posting sama FAM sempat memohon maaf kepada penyokong Vietnam ekoran insiden gaduh yang tercetus pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam.

Selain meminta maaf FAM menegaskan bahawa mereka mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak malah menulis “LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM”.

Difahamkan susulan insiden ganas di Stadium Shah Alam, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung tindakan liar penyokong Harimau Malaya yang mencederakan penyokong Vietnam gara-gara kekalahan negara 2-1. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori