Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekalan Minyak Di Jakarta...

JAKARTA: Bekalann minyak masak pukal mula membanjiri sejumlah pasar di seluruh Jakarta.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramNamun,...

Pahang Juarai Piala Emas...

KUANTAN - Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja...

Satu Pertiga Pesakit Denggi...

KUALA LUMPUR - Pekerja asing yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)...

Mangsa QZ8501 Tidak Dilindungi...

 JAKARTA – Kesemua waris 166 mangsa termasuk penumpang dan krew pesawat AirAsia Indonesia...

Hamleys Malaysia Mohon Maaf Isu ‘Buka Tudung’

Susulan luahan tidak puas hati penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor terhadap premis perniagaan Hamleys Malaysia, pihak pengurusan syarikat itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Facebook mereka, hari ini.

(Baca: Rosyam Noor Bengang Anak Gadisnya Disuruh Buka Tudung)

Sebelum ini, mereka memberitahu akan melakukan siasatan berhubung kejadian anak Rosyam yang diminta untuk membuka tudung jika mahu bekerja di premis itu.

hamleys

 

Berikut merupakan kenyataan maaf Hamleys Malaysia:

hamleys 2

 

Pada masa yang sama, kami tertarik dengan komen-komen yang diberikan oleh para netizen.

Menurut mereka, jika bukan kerana Rosyam, mungkin perkara tersebut tidak akan mendapat perhatian pihak Hamleys.

Ada juga yang menganggap alasan ‘pekerja baru’ pihak pengurusan Hamleys tidak relevan dan hanya digunakan untuk menutup kesilapan pihak pengurusan itu sendiri.


hamleys 3

hamleys staff 2

hamleys staff

Sejujurnya, kami sendiri tak faham apa masalahnya jika mengambil pekerja bertudung.

Mungkin syarikat yang menggunakan polisi sebegini ada masalah Islamophobia agaknya…

Apapun, diharap agar kejadian seumpama ini dapat dijadikan pengajaran oleh syarikat lain di masa akan datang.  – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=4jc8kmxcxHw

Oleh: ELZA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori