Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Luar Ketuai...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan memimpin delegasi Malaysia...

Denda Lebih RM13K Kerana...

NEW ZEALAND - Pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand boleh didenda 5,000...

Kes Bunuh T. Nhaveen...

GEORGE TOWN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes empat remaja...

Ferrari ‘Berkecai’ Langgar Tiang...

KUCHING - Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya...

Hanya Kerana Lipas Seekor, Kecoh Pasar Raya Satu Jepun

Mi segera ramen tradisional keluaran Nissin Food amat popular dalam kalangan rakyat Jepun malah turut dieksport ke banyak negara di seluruh dunia. – Gambar hiasan

TOKYO – Ratusan ribu produk makanan beku dingin pasta sebuah jenama ternama terpaksa ditarik balik dari pasar raya seluruh Jepun hari ini hanya kerana penemuan seekor lipas di dalam salah satu paket keluaran syarikat terkenal tempatan, Nissin Frozen Foods.

Jurucakap Nissin Food Holdings berkata, syarikat perintis mi segera popular itu kini menjalankan siasatan terperinci berikutan dakwaan seorang pelanggan yang terserempak benda asing dipercayai salah satu bahagian lipas di dalam bungkusan keluarannya.

Meskipun belum lagi dapat dipastikan kesahihan kelibat serangga itu, syarikat produk tradisional mi ramen Jepun tersebut yang diasaskan pada 1948 bertindak pantas menarik balik kira-kira 750,000 paket yang telah dijual semua pasar raya dari seluruh Jepun.

“Kami menggunakan sayur-sayuran beku dalam membuat produk makanan ini dan lipas itu dipercayai mungkin tersangkut pada salah satu celah sayur tersebut sebelum diproses oleh mesin bahagian pengeluaran,” kata seorang jurucakap dalam satu kenyataan media.


Syarikat Nissin yang berpusat di Osaka kini mempunyai lebih 7,500 pekerja dengan kilang di Brazil, Hong Kong, Thailand, India, Jerman, China dan Mexico bagaimanapun enggan mendedahkan dari sumber mana sayur-sayuran mereka diperoleh untuk diproses.

Namun, untuk pasaran Jepun, produk dihasilkan di kilang Nissin di wilayah Shizuoka manakala kilang cawangan di luar negara untuk pasaran antarabangsa antaranya Australia, Filipina, Taiwan, Kanada, United Kingdom, Sweden, Singapura dan Malaysia.

Jepun terkenal dengan rekod terbaik keselamatan makanan pengguna malah tahap standard amat ketat menyebabkan industri makanan tempatan amat mahal bagi menyerap kos kawalan kualiti sekali gus menjadikan produk dijual pada harga tinggi. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori