Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Masyarakat Orang Asli Aring...

GUA MUSANG - Kira-kira 300 keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5...

Pertembungan 6 Penjuru Di...

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

Tarian Gelek ‘Tak Haram...

PETALING JAYA - Sebuah video tarian gelek yang memaparkan beberapa penari berpakaian seksi...

Masa Untuk PAS Telah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan masa telah tamat untuk Pakatan...

Harga Minyak Turun Lagi 1 Januari Depan – Ahmad Maslan

Susulan perlaksanaan pengapungan terkawal harga minyak oleh kerajaan bermula 1 Disember lalu, nilai pasaran bahan bakar itu dijangka akan diturunkan lagi pada 1 Januari depan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, harga petrol RON 95, RON 97 dan Diesel akan dikurangkan sekali lagi sekiranya harga pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan sepanjang bulan ini.

Datuk-Ahmad-Maslan

Mengikut trend 10 hari dalam Disember ini, harga ketiga-tiga bahan bakar ini terus menurun. 


Namun kita akan buat pengiraan mengikut purata keseluruhan berapa banyak jumlah yang akan diturunkan, tetapi kita pasti ia akan menggembirakan rakyat,” memetik kenyataannya dari sebuah akhbar tempatan.

Sebagai informasi, harga RON97 diturunkan 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter manakala harga runcit RON95 turun 4 sen seliter menjadikan harganya RM2.26 seliter. Namun demikian, lain pula bagi harga Diesel, ia dinaikkan ke RM2.23 seliter.

Walau bagaimanapun, perlaksanaan pengapungan terkawal ini bakal dinilai semula setiap sebulan sekali bagi menselarikan dengan harga minyak pasaran dunia yang terbaru. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori