Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: SPR Harap...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan proses penamaan calon bagi Pilihan...

Facebook Dan Google Tidak...

DARI FB NAJIBSAYA terima penjelasan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong bahawa Facebook dan...

Julian Assange Dibenar Berkahwin...

PENGASAS Wikileaks, Julian Assange diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan pasangannya, Stella Moris di...

Perak Harap Bajet 2018...

BERUAS - Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Harga Ron 95, 97 & Diesel Turun Mulai 1 Jan 2015

KUALA LUMPUR (Bernama) — Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter.

“Harga-harga bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
    

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

“Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu ini,” tambahnya.– BERNAMA

TERUS SAMBUNG BACA RENCANA INI :

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 35 sen, kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter.

Manakala diesel turun 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Penurunan itu akan berkuat kuasa bermula tengah malam ini sebaik masuk 1 Januari tahun baru.

Begitu ketara penurunan minyak kita.

Diharap sebagai rakyat yang ada budi bahasa dan beragama, mungkin kita dapat bersyukur ke hadrat Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penulis tahu, bagi memburukan usaha kerajaan ini, para pejuang siber Red Bean Army milik DAP akan mula menyebarkan idea tak lama lagi GST akan diperkenalkan dan semua benda akan naik.

Mungkin abah diaorng bagi wahyu kot semua barang naik.

Lojiknya, kerajaan Barisan Nasional ni hendak bertahan dan mesti memiliki impian untuk terus berkuasa.

Dalam memperkenalkan GST, kerajaan memansuhkan beberapa cukai lain.

Takkan mereka nak memperkenalkan GST dengan cara yang akan menyebabkan semua rakyat kita jatuh terduduk. Hasilnya mereka pun tidak akan berkuasa pada pilihan raya akan datang.


Pastinya mereka sedar risiko itu.

Dulu masa kerajaan nak bawa Felda ke Bursa Malaysia dengan bergabung di bawah FGV pun kaedah sama digunakan.

Diwar-warkan Felda akan bangkrap dan macam-macam… bersungguh-sungguh isu itu dimainkan sehingga yang bukan peneroka pun termakan.

Namun sehingga kini semuanya ok aje….naik turun saham tu adat la kalau dah kat Bursa.

Sama juga isu pengundi Bangladesh masa pilihan raya umum lalu… dengan video dan sebagainya dimainkan yang akhirnya terbukti hanya penipuan.

Jadi, untuk GST tu, kita tunggu dulu dan lihat kesannya. Bukan mengamuk berdasarkan idea-idea kotor dan jahat dan dirancang rapi yang dimainkan puak Red Bean Army.

Ratusan negara di dunia menggunakan GST dan kita sebenarnya agak lambat.

GST perlu diperkenalkan kerana negara tidak boleh bergantung harap kepada hasil petroleum untuk selamanya.

Pada satu peringkat kita perlu juga mencari dan memperkenalkan sesuatu yang baru.

Serba sedikit pengorbanan perlu pada peringkat awal.

Jangan fikir hanya untuk diri kita, fikirkan kelangsungan pendapatan negara untuk generasi anak cucu kita jugak.

Penulis ingin ulang di sini… hari ini kita bersyukur kerana minyak turun harga…GST itu nanti kita lihat kesannya… jangan terburu-buru marah dan membiarkan orang mempermainkan akal pemikiran kita.

Satu lagi, nanti bila budak Cina DAP Red Bean Army takda modal… mula la kata penulis macai dan sebagainya…buat personal attack lak…

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori