Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Alasan Lengah...

Selepas UMNO mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN), maka...

Negara Dijangka Berdepan Cuaca...

Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran...

Tilawah Al-Quran Serlah Kebolehan...

KOTA BHARU - Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas Kebangsaan yang berlangsung sejak...

Tersentuh Jiwa Tengok PM...

KUALA LUMPUR - Meskipun sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

Harga RON95 Mungkin Jatuh Bawah RM2 Tahun Depan

REMBAU (Negeri Sembilan) – Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga runcit berkenaan boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.

“Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter,” katanya.

MENARIK – Harga Baharu Petrol Dijangka Umum 31 Disember

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) peringkat Parlimen Rembau di Pedas hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Awaludin Said. – BERNAMA

Video PM Umum RON95, Diesel Dan LPG Tidak Akan Dikenakan GST 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori