Berita tentang penemuan serpihan juga jasad penumpang pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 bukan sahaja merobek kesayuan seluruh masyarakat dunia, malah ia turut dikongsi bersama CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Melalui laman mikro Twitter rasminya, Tony menzahirkan perasaan sedih tersebut dengan menulis, “Jiwa saya sarat dengan kesedihan terhadap ahli keluarga penumpang QZ8501. Bagi pihak AirAsia, saya mengucapkan takziah untuk semua. Kata-kata tidak mampu meluahkan rasa simpati saya.”
Beliau memuat naik entri berkenaan selepas Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BANSARNAS) mengesahkan penemuan serpihan pesawat berkenaan di perairan Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
Tony juga memaklumkan bahawa beliau kini menuju ke Surabaya bagi mengikuti perkembangan terkini operasi tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Kenyataan Dari Tan Sri Tony Fernandes Tentang Kehilangan Pesawat Air Asia QZ8501
https://www.youtube.com/watch?v=IktpG6kRYMw
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w