Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

79 Sekolah Di Selangor...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara hari ini...

Ibu Tunggal Nyaris Maut...

KULIM - Seorang ibu tunggal dan anak lelakinya nyaris maut apabila rumah dua...

Duterte Cadang Ubah Nama...

MANILA - Dalam cita-cita untuk berganjak daripada masa silam yang dikaitkan dengan era...

Singapura Perintis Ternak Ketam...

SINGAPURA - Sebuah ladang ternakan ketam secara bertingkat-tingkat telah lama ditubuhkan di Singapura...

Honda UK Tutup Tempahan NSX & Buka Tempahan Civic Type R

Sebahagian besar dari kita mungkin akan membuat perbandingan dan ulasan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian kereta.

lebih-lebih lagi ia merupakan kegunaan pada masa panjang, anda perlu melakukan sedikit penyelidikan, membaca ulasan, pandu uji, dan membandingkan diantara kereta-kereta yang berada di pasaran.

Tetapi lain pula ceritanya di UK, kebanyakkan peminat-peminat kereta di sana telah membuat tempahan awal bagi model terkini NSX yang dikatakan bakal berada di jalan raya pada tahun depan.

honda

Sebelum mendedahkan kereta yang siap sepenuhnya, Honda telah mengambil 100 pesanan bagi model NSX baru dan disebabkan tempahan kereta berkenaan terlalu pantas, mereka terpaksa memberhentikan pengambilan tempahan buat masa ini.

Kini, bak seperti ‘goreng pisang panas’, pembeli di UK telah datang berpusu-pusu ke Honda Britain bagi sebuah lagi model unggul keluaran dari negara matahari terbit berkenaan.

Semestinya Honda Civic Typre R baru!

honda2


 

honda3

Jentera hothatch yang telah dipamerkan oleh Honda berulang kali dalam bentuk konsep dan mereka telah membuka tempahan bagi model tersebut untuk pasaran UK.

Honda telah mengenakan £ 3,000 (RM 16,000) deposit bagi seunit hothatch ini.

Jika tempahan di Malaysia dibuka, mungkinkah anda akan turut sama berebut menempahnya?

Sumber: Autoblog

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori